Mengubati Eczema

Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang serious yang melibatkan kegatalan,kemerahan dan bengkak di kulit. Eczema merupakan sejenis penyakit yang dihadapi oleh lebih daripada 10% ke 20% penduduk di dunia ini. Mereka yang berisiko tinggi untuk menhidapi penyakit eczema adalah mereka yang mempunyai rekod  alahan atau asthma dalam sejarah keluarga mereka.

 

Cara mengubati eczema ialah dengan membasmi penyebab penyakit ini. Eczema  adalah suatu penyakit yang susah untuk sembuh tetapi senang untuk dikawal. Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengawal penyakit eczema.

Elakkan kulit daripada menjadi kering dengan mandi air panas. Gunakan sabun yang lembut atau pencuci badan bersama air suam. Lap kering dengan lembut dan sapukan pelembap ke seluruh badan. Jangan gunakan losyen yang mengandungi pewangi atau bahan alergik yang lain.

Elakkan memakai pakaian yang ketat, kasar, atau  menggunakan bahan yang miang.

Hindari daripada menggaru tempat yang gatal. Jika tidak dapat menahan diri daripada menggaru, tutuplah tempat berkenaan dengan kain atau dressing. Pakai sarung tangan pada waktu malam untuk mengelak daripada menggaru semasa tidur.

Berpeluh juga boleh menyebabkan kegatalan pada pesakit eczema. Elakkan bersenam dengan intensif semasa diganggu kegatalan.

 

mengubati eczema

Jika kegatalan itu tidak dapat dihentikan, langkah seterusnya ialah untuk mengurangkan respon kepada alahan tersebut dengan:

  1. Sapukan pada tempat yang gatal itu dengan krim steroid yang tidak memerlukan preskripsi bersama dengan losyen anti-menggaru (menthol, clamine). Krim itu hendaklah disapu tiap-tiap hari sehingga gatal itu reda.
  2. Ambil pil Diphenhydramine (Benadry) untuk meredakan kegatalan. Awas, jangan mengambil pil ini bila anda perlu memandu atau menggunakan mesin yang berat kerana ia boleh membuat anda mengantuk.
  3. Cuci kawasan yang terlibat dengan sabun hypoallergenic setiap hari. Sapukan krim atau losyen selepas mencuci.
 
Hindari stress fizikal dan mental.  Amalkan pemakanan yang betul, aktiviti yang ringan, dan cukup tidur akan membantu seorang pesakit ekzema itu menjadi sihat, dan seterusnya dapat membantu daripada terjadi kegatalan.

Eczema memang tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal daripada terjadi.

Leave a Reply

*


 Powered by Max Banner Ads 
Advertisement

 Powered by Max Banner Ads 

Archives
Untuk e-Book Percuma

Categories


Weight-Loss Selayang Baru